Friday, May 6, 2011

chocolate moist cake



nampak gambar atas tu? woaaa... ye, aku dah upload dalam facebook.. tapi, aku masih nak upload di sini sebab aku nak share resepi dengan kawan kawan.. tengok sahaja tajuk entri sudah jelas lagi nyata..

i don't care if people wanna say,

'perh, minah ni ape kes la asyik nak show off je ape dia buat..'
choppp! ladies and gentlefish, if you are not interested untuk tengok, jangan tengok okay :)

dah dah.. go straight to the point.. i will fill my entry this time with this recipe!


Bahan A (bahan kering) (untuk diayak)

2 cawan tepung gandum
1 cawan koko
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik bikarbonat

Bahan B

2 cawan gula
2 biji telur

Bahan C (bahan basah)


1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas


cara-cara berperang! haha

- pukul telur dan gula hingga kembang
- masukkan bahan basah 
- kacau hingga sebati ye puan puan :)
- lepas tu, masukkan bahan kering yang telah siap diayak tadi..
- kukus selama 1 jam :)

SIAP! 

mudah kan??

happy trying everybody!  

*ini ialah resepi tanpa topping.. siapa yang nak, let me know.. maybe for next entri ! :)

so kawan kawan yang nak try tu, good luck!

sesungguhnya, ilmu adalah untuk dikongsi.

selamat semua!
 :)




p/s ; kalau nak buat sesuatu, kena ikhlas.. insyaAllah akan jadi mudah.. oh, hati saya sedang berbunga bunga.. hikhik.. see you next time!



Monday, April 18, 2011

makan makan !

Hai semua.. assalamualaikum.. :) bagaimanakah hari hari anda sekalian? kalau ditanya kat aku, aku akan kata, rutin yang sama, disamping aktiviti 'berfaedah' sepanjang cuti ni.. hehe..


Pertama sekali ingin aku ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua orang.. ya, semua orang.. sebab apa..? aku sendiri tak tahu kenapa.. tapi aku masih nak kata terima kasih semua :)

Berbalik kepada tajuk post aku kali ni, kenapa aku tiba tiba mention pasal makan makan kan..? haha.. sebabnya kan.. kan.. cuti selama dua bulan ni, aku telah menghabiskan usia remaja aku dengan menonton rancangan rancangan makan makan yang ada kat Astro tu.. tapi tak kira lah, selain Astro pun aku redah je kadang-kadang.. bergantung kepada kelapangan dan kebetulan sebenarnya.. hik hik..


Antara rancangan favourite aku kat tv tu termasuklah rancangan makan makan.. perh, dorang ni, maksud aku matsaleh la kan, ada pulak la hai makan benda yang pelik pelik.. menakutkan -.-' maksud aku makan benda pelik pelik ialah pakcik ni :


tak pasal pasal si pakcik ni sorang boleh enterframe -.-'

haa, kenapa aku kata dia ni pelik..? sebab dia ni makan makanan makanan yang ya ampun! mmg kita tak terfikir nak makan kalau benda tu memang sedia ada pelik dan meloyakan dan menjijikkan.. aku ingat lagi, ada sekali tu, dia makan tikus.. weh tikus tau.. apa ke geli la tekak aku ni..  *siapa siapa yang ada sifat ke-geli-an melampau, jangan TAK tengok! haha.. tapi kan satu je yang sampai sekarang aku tak boleh lupa.. semua benda dia telan kan, tapi, pakcik ni tak makan 1 je kot.. apa dia.. haaa....


ini durian ye anak anak :)

DURIAN wehh.. durian ni dah la favourite aku sepanjang hayat.. dia boleh tak makan, dan mostly, mat mat saleh ni siap kata lagi buah ni bau dia lagi teruk dari bau sampah.. gila kott -.-' dia tak sedar dia manusia paling rugi dalam dunia.. haha

okdah, lupakan pasal pakcik ni..

sekarang aku nak share pulak rancangan makan makan favourite aku.. Jalan jalan cari makan.. sedikit fakta mengenai rancangan ni ialah, dah ada banyak musim dan dah ada 3 pengacara dalam program ni..

maria tengku sabri

                                                                      serina redzuan                          

Qi Razali :)

hah, tak kesahlah.. asalkan aku suka rancangan dorang..! sebab makanan makanan dorang pun sedapppp.. buat aku terliur sangatttt..! nak jadi pengacara kat situ boleh?? hehe.. sebab saya suka makan! #think

memandangkan dah lewat malam ni, bila cerita pasal makan makan, perut aku pun dah berbunyi ni.. takkan tengah malam nak makan nasi... lauk pun dah habis.. aku ratah tadi.. 

oh ya, menu harini, ikan cecaru sumbat lada dan sawi tumis air.. rasa macam tak percaya yang aku masak.. bukan nak bangga diri, tapi, kalau tak iye, mmg nak masuk dapur pun susah.. MALAS ler.. hehe..

sedang buat post ni, aku memikirkan menu esok.. oh ya, minu petang nak buat cakar ayam! nyumm nyumm.. :)

ok, selamat semua.. 


Monday, April 4, 2011

hebat!

akhirnya.. 
yes yes.. i have my own blog! it is my blog bebeh :) i am so proud to have this.. you know why.. because i've put all my efforts to have this blog.. and finally...
taaddaaaa !! :) so after this i can share all my thought.. yes, i am very new.. so give me guide peeps ! XD